Artis Korea
“Biadap! Kami Mahu Dia Keluar Running Man!” – Jeon So Min Dikecam Lepas Menari Lagu BLACKPINK Dan Tendang Jisoo
Pelakon dan anggota Running Man, Jeon So Min menerima kecaman selepas episod terbaharu bersama kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK bersiaran baru-baru ini.
Hal tersebut berpunca selepas So Min memainkan peranan seoalah-olah dia merupakan anggota kelima BLACKPINK sewaktu pembukaan episod tersebut.
So Min juga turut menari bersama empat anggota BLACKPINK iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose sewaktu mereka mempromosikan lagu terbaharu berjudul Love Sick.
Malanganya kehadiran So Min itu tidak disambut baik sebaliknya menimbulkan kemarahan peminat BLACKPINK.
Rata-rata mereka melabelkan So Min sebagai seorang yang biadap kerana mempersendakan lagu BLACKPINK dengan tariannya.
Tidak cukup dengan itu, So Min juga didakwa bertindak biadap ke atas Jisoo ketika menjalankan misi permainan apabila dia dikatakan telah menendang penyanyi itu dengan perlahan sebagai tanda gurauan.
Disebabkan insiden itu juga, peminat BLACKPINK telah ‘menyerang’ akaun Instagram rasmi SBS Running Man.
Di ruangan komen Instagram itu sudah mula dihujani dengan permintaan untuk mengeluarkan So Min daripada Running Man.
Bagaimanapun, sehingga kini SBS mahu pun So Min belum memberikan sebarang respon mengenai perkara berkenaan.
Terdahulu, sekitar Mac lalu, So Min pernah menangguhkan segala kerja dan aktiviti seni untuk berehat seketika selepas tertekan akibat menerima terlalu banyak komen negatif.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video