Kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS melakarkan sejarah tersendiri apabila muzik video (MV) lagu hit mereka berjudul Dynamite mencecah 1 bilion tontonan di YouTube.

Jumlah itu sekaligus menjadikan Dynamite sebagai MV ketiga BTS yang mencecah jumlah berkenaan diikuti dengan DNA (1.2 bilion) dan Boy With Luv ft Halsey (1.1 bilion).


Dynamite juga turut menjadi MV kumpulan K-Pop terpantas mencapai 1 bilion tontonan.

MV yang dilancarkan pada 21 Ogos 2020 itu mengambil masa sekitar tujuh bulan, 22 hari dan empat jam untuk mencapai tonggak tersebut.

Tahun lalu, BTS merupakan antara 10 artis dalam senarai teratas YouTube yang paling banyak ditonton.

BTS yang dianggotai oleh Jin, Suga, RM, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini juga berada dalam senarai 10 artis teratas dengan jumlah pengikut terbanyak di Youtube iaitu sebanyak 47 juta.

Dalam perkembangan terbaharu, BTS baru sahaja melancarkan single Jepun mereka berjudul Film Out.



Sumber: Soompi / Koreaboo