Pengacara terkenal Korea, Yoo Jae Suk mendedahkan bagaimana pelakon, Song Ji Hyo dipilih menjadi anggota Running Man.

Jae Suk berkongsi momen tersebut dalam episod terbaharu Running man yang disiarkan baru-baru ini.

Menurut Jae Suk, disebabkan perangainya dalam program aneka ragam Family Outing, Ji Hyo merupakan orang pertama yang diingat sewaktu pemilihan untuk anggota Running Man.

“Song Ji Hyo sebelum ini pernah muncul dalam Family Outing sebagai tetamu jemputan. Rancangan itu melibatkan perjalanan yang sangat jauh untuk ke set penggambaran.

“Jadi saya beritahu dia untuk berehat atau tidur buat seketika sebelum penggambaran dimulakan. Bagaimanapun, semua orang tidak berjaya menemui Ji Hyo walaupun selepas penggambaran bermula.

“Kami kemudiannya mencari Ji Hyo di seluruh tempat namun tidak ada seorang pun yang tahu di mana dia berada.

“Akhirnya selepas puas mencari, kami menemui Ji Hyo yang sedang nyenyak tidur sambal berdengkur di bilik sebelah.

“Jadi sewaktu perbincangan untuk membuat pemilihan anggota Running Man, dia adalah orang pertama yang terlintas di dalam fikiran,” jelas Jae Suk sambil ketawa.

Jangan lupa saksikan Running Man, setiap Jumaat, jam 11 malam di ONE (saluran 393).

Untuk info, Ji Hyo sebelum ini memang terkenal dengan sikap santai dan ‘blur’ dalam Running Man selain kecantikan semulajadi walaupun tidak mengenakan sebarang solekan sewaktu menjalani penggambaran program berkenaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.