Bekas anggota kumpulan K-Pop ILUV, Shin Minah berjaya diselamatkan selepas cubaan membunuh diri.

Menurut laporan media Korea, Minah diselamatkan oleh seorang anggota polis yang menyedari tindakannya yang cuba untuk terjun dari jambatan Seongsan kira-kira jam 12:17 tenghari semalam.

Polis menyatakan bahawa mereka menerima laporan mengenai seorang wanita berusia 20-an sedang memanjat pagar jambatan Seongsan sebelum mereka bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan nyawanya.

Polis kemudiannya menyerahkan Minah kepada penjaganya.

Terdahulu, Minah sebelum mendedahkan mengalami kemurungan, gangguan panik dan insomnia akibat diganggu oleh bekas anggota kumpulan ILUV.

Selain itu, dia juga mendakwa menjadi mangsa buli sepanjang penglibatannya bersama kumpulan berkenaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Koreaboo / Allkpop