Pelakon dan penyanyi Korea, Jang Nara akui gementar membawakan watak sebagai Hong Ji Ah menerusi drama terbaharu, Sell Your Haunted House.

Bagaimanapun kata Nara, dalam masa yang sama dia juga berasa gembira kerena dapat membawakan salah satu watak yang diidamkan.

“Penceritaan drama ini mempunyai sentuhan yang segar dan baharu. Karakter Hong Ji Ah adalah seorang yang sangat cool namun mempunyai rahsia.

“Saya memilih untuk menerima tawaran belakon drama ini kerana watak ini memaparkan wanita berdikari dan agak berlainan dengan lakonan saya sebelum ini.

“Lagipun saya rasa Hong Ji Ah memberikan satu cabaran baru dan antara salah satu watak yang saya idamkan,” jelasnya.

BACA: Eh K-Drama Baru Ni Ada Jang Nara! Tengok Poster Pun Dah Tak Sabar

Selain Nara, bintang lain yang turut bersama dalam drama ini adalah penyanyi Jung Yong Hwa.

Drama ini dijangka menemui penonton pada 14 April depan.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu

Sumber: Soompi