Pelakon Korea, Claudia Kim selamat menimang cahaya mata pertamanya.

Berita gembira itu dimaklum Claudia menerusi posting di akaun Instagramnya pada Khamis (1 Oktober 2020).

Posting itu juga disertakan dengan foto yang merakamkan Claudia sedang memegang jari anak perempuannya.

“Dia sempurna,” tulis Claudia ringkas.

she’s perfect ?

A post shared by 수현 • Claudia Kim Shampine (@claudiashkim) on


Walaupun baru hanya mendedahkan bahagian jari anaknya, rata-rata peminat yang meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen juga menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah puterinya.

“Selamat lahir kedua puteri kecil, rasa sangat teruja untuk pasangan ini,” komen @wangqb

“Tahniah, tak sabarnya nak lihat wajah comel anak perempuan mu,” coret @hoshijjang

Terdahulu, Claudia telah berkahwin dengan pengasas bersama WeWork Labs, Cha Min Geun pada Disember 2019.

Claudia sebelum ini pernah membintangi filem Hollywood antaranya Avengers: Age of Ultron dan Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald.

Sekadar info, selebriti Korea sememangnya terkenal dengan sikap tidak gemar mendedah kehidupan peribadi mereka.

Jadi apabila ada antara selebriti yang terbuka untuk berkongsi mengenai perkara itu contohnya foto anak yang baharu dilahirkan merupakan satu perkara yang amat dihargai peminat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU


Sumber: Soompi