Tinggal sehari sahaja lagi sebelum drama Korea terbaharu lakonan Kim Seon Ho dan Shin Min Ah berjudul Hometown Cha-Cha-Cha ditayangkan di Netflix.

Namun foto-foto eksklusif yang di keluarkan oleh Netflix Korea sememangnya menimbulkan rasa teruja peminat drama Korea yang sudah tidak sabar menunggu gandingan dua bintang terkenal ini.

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Sehinggakan mereka juga telah mencipta nama pasangan bagi Seon Ho dan juga Min Ah iaitu Dimple Couple kerana kedua-duanya memiliki lesung pipit.

Selain Seon Ho dan Min Ah, drama ini juga dibintangi oleh Lee Sang Yi.

Jangan lupa saksikan Hometown Cha-Cha-Cha secara eksklusif pada 28 Ogos, jam 9 malam di Netflix.

Sinopsis:

Hometown Cha-Cha-Cha mengisahkan tentang seorang doctor gigi, Yoo Hye Jin (Shin Min Ah) yang berpindah dari Seoul ke sebuah kampung tepi laut iaitu Gongjin dan Hong Doo Shik (Kim Seon Ho), seorang pakar pekerjaan aneh yang rajin membantu orang kampung di sekitar bandar.

Manakala Ji Sung Hyun (Lee Sang Yi) pula merupakan seorang produser terkenal kerana mencipta kandungan program variati mengenai kehidupan harian penduduk dan sering mendapat sambutan.

Hye Jin kemudiannya bertemu dengan budak kampung berbakat, Doo Shik dan perangai mereka sememangnya bertentangan.

Maka dari situ bermula kisah mereka yang sering bertengkar, bercanggah pendapat namun dalam masa yang sama mereka masih memberikan semangat kepada diri masing-masing dengan cara tertentu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU