Drama Korea yang hangat diperkatakan iaitu Taxi Driver lakonan Lee Je Hoon dikhabarkan bakal muncul dengan musim kedua.

Pada 6 Julai, wakil industri melaporkan syarikat produksi drama Studio S telah mengesahkan produksi musim baharu yang dijadualkan tayangannya pada tahun depan.

Menurutnya lagi, pihak drama itu sedang membuat pencarian untuk membentuk pasukan produksi.

Bagaimanapun pihak SBS memberikan respon dengan menjelaskan mengenai spekulasi tersebut.

“Sebenarnya perkara itu masih lagi dalam perbincangan dari segi masa dan juga penjadualan. Jadi disebabkan itu, ia masih belum dapat disahkan lagi,” jelas wakil SBS.

Selain Lee Je Hoon, pelakon lain yang terlibat adalah Esom, Kim Eui Sung, dan Pyo Ye Jin.

Je Hoon juga sebelum ini menyatakan hasrat agar Taxi Driver dapat diteruskan untuk musim kedua.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.