,
Artis Korea

“Eleh Malu-Malu Kucing” - Ji Chang Wook Kantoikan Perangai Sebenar Kim Yoo Jung

Mya Amri
26/06/2020
12:32 MYT
Pelakon Korea Ju Chang Wook mendedahkan kisah sewaktu kali pertama bertemu aktres Kim Yoo Jung untuk menjalani penggambaran drama Backstreet Rookie.
Menurut Chang Wook, Yoo Jung seorang yang ceria dan banyak membantu untuk memperkasakan keserasian mereka sewaktu berlakon. “Saya masih ingat sewaktu kami bertemu buat pertama kali. Kami tak banyak bertukar-tukar cerita atau bertegur sapa pun.
BACA: Backstreet Rookie Jadi Perhatian, Ramai Yang Tak Tahu Umur Sebenar Ji Chang Wook
“Umpama malu-malu kucing, tapi selepas beberapa kali penggambaran kami berdua menjadi semakin rapat secara semulajadi.
“Di set penggambaran, Yoo Jung merupakan seorang yang sangat bertimbang rasa. Saya rasa sangat berterima kasih mendapat pasangan berlakon yang sporting dan saya juga seronok berlakon bersama. Keserasian kami juga bagus,” katanya. Bagi yang belum mengetahui, usia Chang Wook kini mencecah 32 tahun menjadikan perbezaan umurnya dengan Yoo Jung sebanyak 12 tahun.
BACA: Beza Umur 12 Tahun, Tak Sabar Nak Tengok Lakonan Ji Chang Wook Dan Kim Yoo Jung
Chang Wook membawakan watak sebagai Choi Dae Hyun iaitu seorang pengurus cawangan kedai serbaneka manakala Yoo Jung pula sebagai Jung Saet Byeol iaitu pekerja sambilan yang seksi di cawangan tersebut.
Drama ini juga ditayangkan secara eksklusif di aplikasi iQIYI, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam.
Backstreet Rookie juga turut ditayangkan secara eksklusif di ONE (saluran 393) setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam bermula 27 Jun (esok).
Terdahulu, Backstreet Rookie ini merupakan adabtasi webtoon popular Korea.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.