Mengejutkan, itulah perasaan peminat kumpulan K-Pop terkenal EXO apabila Suho mendedahkan bakal menjalani Latihan Khidmat Tentera tidak lama lagi.

Pengumuman itu dilakukan oleh Suho menerusi laman sesawang rasmi kelab peminat EXO hari hari ini.

Suho menerusi tulisan tangannya menyatakan bakal menjalani ketenteraan bermula 14 Mei depan.

“Hello ini adalah Suho, saya ada sesuatu yang ingin dikhabarkan kepada anda semua hari ini jadi sebab itu saya menulis posting ini.

“Tidak lama lagi, pada 14 Mei saya akan menjalankan kewajiban saya kepada negara dengan menyertai Latihan Khidmat Tentera.

“Setibanya hari tersebut, pastinya saya akan merindui EXO- L (fandom). Saya harap anda semua yang menyayangi saya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh anda kepada saya. Saya sayang anda semua,” tulisnya.

Terdahulu, Suho yang juga merupakan ketua kumpulan EXO adalah anggota ketiga yang menyertaan ketenteraan selepas Xiumin dan D.O.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Soompi