Artis Korea

Get Ready Blinks! BLACKPINK Muncul Dengan Dokumentari Istimewa

gempak
Mya Amri
10/09/2020
12:20 MYT
Sponsor Banner
Get Ready Blinks! BLACKPINK Muncul Dengan Dokumentari Istimewa
Kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK bakal muncul dengan dokumentari istimewa berjudul ‘BLACKPINK: Light up the Sky’ pada Oktober depan.
Berita itu disahkan menerusi akaun Instagram rasmi BLACKPINK beserta poster dokumentari itu pada Rabu.
Dalam pada itu, platform penstriman popular Netflix juga mengumumkan BLACKPINK merupakan artis K-Pop pertama dipilih untuk penyangan dokumentarinya pada 14 Oktober ini.
Diarahkan oleh Caroline Suh, dokumentari ini merangkumi empat tahun terakhir perjalanan BLACKPINK dari menjadi pelatih sehingga bintang global.
Dokumentari itu juga akan mendedahkan rakaman yang belum pernah dilihat selain kehidupan asrama dan juga aksi belakang tabir.
Proses rakaman album untuk semua lagu hit mereka serta wawancara bersama keempat-empat ahli dan bagaimana mereka bekerjasama untuk mewujudkan sinergi yang baik juga turut dipertontonkan.
BLACKPINK juga menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat reaksi Blink (fandom) menerima ‘hadiah’ ikhlas daripada mereka.
“Kami berasa sangat gembira dapat menyampaikan kisah kami kepada BLINKS kami di seluruh dunia melalui dokumentari Netflix ini.
“Kami juga berharap dokumentari ini dapat memberikan kebahagiaan kepada penonton,” ujar mereka.
Dalam perkembangan terbaharu, BLACKPINK yang dianggotai oleh Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo ini bakal kembali dengan album studio pertama mereka berjudul, The Album pada 2 Oktober depan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live