BTS semakin mendunia. Setelah berkolaborasi dengan Coldplay, pesohor Korea Selatan ini kembali menjadi rakan duet dengan salah seorang pemuzik legenda, Pharrell Williams.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pharrell, dia sedang menyiapkan kolaborasi bersama BTS. Dia mengatakan projek kerja sama itu dilakukan untuk sebuah lagu dalam album terbarunya yang akan datang, Phriends.

"Ini projek saya dan judul albumnya Phriends. Itu akan jadi volume pertama," kata Pharrell Williams bersama RM BTS dalam wawancara bersama Rolling Stones, 1 November lalu.

Menurut Pharrell dia tidak sabar untuk membocorkan kerjasama mereka kerana menyifatkan lagu yang BTS akan nyanyikan sangat luar biasa.

“Saya sebenarnya telah membicarakan tentang kolaborasi ini terlalu banyak. Saya sangat bersyukur,” kata Pharrell.

Kata katanya disambut oleh RM BTS dengan: “Saya menyukai lagu tersebut.”

Mereka kemudian bercakap mengenai penggarapan album solo RM BTS yang masih berbaki 10 peratus.

Tanpa diduga, Pharrell menawarkan dirinya untuk membantu siapkan album tersebut.

“Maksud saya jika anda perlukan pertolongan menyudahkan 10 peratus lagi kerja, itupun jika…” sebelum kata kata Pharell dipotong RM BTS.

“Saya sentiasa memerlukan pertolongan kamu, sudah 15 tahun,” kata RM BTS.

Kata kesempakatan kemudian dicapai kedua pemuzik berpengaruh ini.

“Okay baiklah jika kamu memerlukan bantuan atau sesuatu mari kita lakukannya,” kata Pharrell.