Pelakon Boys Over Flowers, Kim Hyun Joong telah menyelamatkan nyawa seorang tukang masak di sebuah restoran.

Menurut laporan media Korea,tindakan pantas Hyun Joong memberikan bantuan kecemasan kepada tukang masak berumur 47 tahun yang pengsan di sebuah restoran makanan Jepun di Jejudo telah menyelamatkan keadaan.

Menerusi rakaman Kamera Litar Tertutup (CCCTV) restoran berkenaan, Hyun Joong dilihat berlari dengan pantas ke arah tukang masak itu selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat.

Sebaik melihat keadaan tukang masak yang pengsan itu, Hyun Joong segera menopang kepalanya untuk memberikan ruangan pernafasan dengan betul dan juga membuka butang baju chef.

Dia kemudiannya mengarahkan kakitangan berdekatan untuk menghubungi paramedik dengan kadar segera.

Sepanjang menunggu paramedik tiba, Hyun Joong mengurut dada dan perutnya. Tindakan itu juga telah membantu tukang masak itu kembali sedar.

Sebaik sahaja paramedik tiba, Hyun Joong membantu mereka dengan memindahkan tukang masak itu ke dalam ambulans selain menerangkan kejadian yang berlaku.

Kim Hyun Joong tetap berada di sisi koki sehingga paramedik tiba, mengurut dada dan perutnya dan membantunya kembali sedar dengan bercakap dengannya.

Setelah paramedik tiba di tempat kejadian, Kim Hyun Joong menolong mereka memindahkan koki ke dalam ambulans dan juga menerangkan apa yang telah berlaku secara terperinci.

Dalam pada itu, agensinya juga mengesahkan lelaki di dalam rakaman CCTV itu adalah Hyun Joong.

“Dia hanya melakukan apa yang harus dilakukan,” komen wakilnya ringkas.

Pemilik restoran itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada Hyun Joong kerana menyelamatkan nyawa kakitangannya.

Terdahulu, Hyun Joong merupakan bekas anggota kumpulan K-Pop SS501 sejak tahun 2005.

Bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2010.

Selepas pada itu, Hyun Joong meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Koreaboo