Drama Korea siri Netflix popular, Hometown Cha-Cha-Cha telah pun melabuhkan tirainya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih kerana mereka bakal merindui gelagat lucu dimple couple iaitu Yoo Hye Jin dan Hong Doo Shik.

Perasaan itu jugalah dirasai oleh Shin Min Ah yang membawakan watak sebagai Yoo Hye Jin.

Kata Min Ah sepanjang penggambaran Hometown Cha-Cha-Cha, dia berasa sangat seronok dan bertenaga.

“Tiada ungkapan yang dapat saya tutur melainkan rasa syukur dengan rasa cinta yang anda semua berikan kepada Hometown Cha-Cha-Cha.

“Sepanjang lima bulan penggambaran, saya berasa sangat seronok dan gembira. Sejujurnya saya juga berasa sedih kerana drama ini sudah sampai ke penghujungnya.

“Rasa cinta yang anda berikan pada drama inilah membantu para pelakon dan juga kru-kru mendapat semangat untuk melakukan penggambaran.

“Terima kasih kerana menyukai kedua-dua pasangan ‘Shik Hye’ dan juga ‘Gongjins’.

“Saya harap drama ini akan kekal dalam ingatan anda dan memberikan kenangan manis tentang percutian,” katanya.

Untuk info, Hometown Cha-Cha-Cha yang merupakan arahan Yoo Je Won ini berakhir dengan rating tertinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi