Artis Korea
Im Seulong Terlibat Kemalangan, Pejalan Kaki Maut Dilanggar
Anggota kumpulan 2AM, Im Seulong dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta yang mengakibatkan kematian seorang pejalan kaki.
Agensi pengurusan Seulong, Jellyfish Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kemalangan maut berkenaan.
“Pertama sekali, kami ingin mengucakan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan mangsa berada dalam keadaan tenang.
“Pada 1 Ogos lalu, Seulong sedang memandu kereta dan kemalangan berlaku ketika hujan. Semasa memandu, dia melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan.
“Sebaik sahaja kemalangan berlaku, Seulong segera mengambil tindakan kecemasan yang sepatutnya namun mangsa dilaporkan meninggal dunia sewaktu perjalanan ke hospital.
“Seulong kemudiannya disoal siasat oleh polis dengan mengikut protocol dan dihantar pulang selepas itu. Bagaimanapun dia masih berada dalam keadaan terkejut,” jelas agensinya.
Bagaimanapun agensinya memaklumkan tidak dapat memberikan maklumat terperinci mengenai insiden berkenaan kerana masih dalam siasatan.
“Kami berharap anda semua memahami situasi di mana kami tidak dapat memberikan maklum balas lain kerana siasatan masih lagi dijalankan.
“Namun kami memahami situasi duka yang dirasai oleh keluarga mangsa dan kami dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada mereka…
“Sekali lagi kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa… Kami juga ingin memohon kepada peminat kerana menimbulkan kebimbangan,” jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, pihak polis juga mengesahkan Seulong tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Must-Watch Video