Artis Korea
Ini Baru Adik-Beradik Running Man! Jeon So Min Join Agensi Lee Kwang Soo
Pelakon dan anggota Running Man, Jeon So Min akhirnya memilih untuk berada di bawah naungan agensi King Kong by Starship.
Menariknya, agensi itu juga merupakan turut menguruskan rakan seperjuangan Running Mannya, Lee Kwang Soo.
Berita gembira itu disahkan menerusi kenyataan rasmi oleh CEO agensinya, Lee Jin Sung kepada media.
“Kami berasa sangat gembira dengan kedatangan ahli keluarga baru, Jeon So Min.
“Dia merupakan seorang pelakon berbakat dan berkebolehan tidak hanya dalam bidang lakonan sebaliknya dalam rancangan hiburan serta variasi.
“Kami akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada So Min agar dia boleh menunjukkan kelebihan bakatnya,” jelasnya.
Dalam pada itu, King Kong by Starship juga mengumumkan So Min bakal kembali untuk menjalani penggambaran bersama Running Man tidak lama lagi.
Terdahulu, So Min mengambil keputusan untuk berehat seketika dari Running Man kerana mengalami masalah kesihatan.
So Min juga telah dikejarkan ke hospital sewaktu penggambaran Running Man akibat masalah tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Koreaboo
Must-Watch Video