Laman Utama
“Ira Kazar Hamil? Saya Tidak Tahu & Tak Mahu Tahu…” - Datuk Yusof Haslam
Pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan menantu baharunya iaitu Ira Kazar sedang hamil ketika ini.
Kata Yusof, 68, meskipun khabar angin tersebut adalah benar, namun dia memilih untuk tidak mengambil tahu.
Malah, bagi Yusof, itu adalah yang terbaik untuk dia dan keluarga.
“Ira Kazar hamil? Saya tidak tahu dan saya tidak mahu ambil tahu kalau dia sudah hamil atau belum.
“Saya tak pernah dengar cerita pun berkenaan Ira hamil, lagipun dia dah duduk rumah sendiri dengan Syamsul.
“Saya tak mahu komen, saya kena jaga hati banyak orang. Biar masa yang akan menentukan.
“Saya pun dah janji dengan isteri saya untuk tidak memberikan apa-apa lagi kenyataan,” katanya kepada Gempak.
Yusof berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Harum Malam yang berlangsung di Starling Mall, Kuala Lumpur pada Isnin.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Yusof dalam masa sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Puteri Sarah.
“Saya tak nak melukakan hati sesiapa, saya sayang anak saya, menantu saya dan besan saya.
“Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk Syamsul dan Puteri Sarah.
“Sebagai manusia, kita kena move on walau apa keadaan sekali pun.
“Syamsul anak saya, saya nak jaga hati dia juga. Saya tak mahu hubungan saya dan dia menjadi buruk,” tambahnya.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan perceraian dengan Syamsul pada 16 Januari lalu dengan tarikh sebutan kes permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.
Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video