Artis Korea
“Jaga Diri Sendiri Pun Susah, Apatah Lagi Bila Berdua” - Song Ji Hyo Belum Terfikir Untuk Berkahwin
Pelakon dan anggota Running Man Song Ji Hyo akui masih belum berfikir tentang perkahwinan.
Menurut Ji Hyo, dia kini berada dalam fasa menikmati kehidupannya sebagai seorang yang masih solo.
“Saya benar-benar menikmati kehidupan saya, namun jika saya bertemu dengan seseorang yang sesuai apa salahnya.
“Buat masa ini saya belum bersedia untuk berkahwin melainkan saya bertemu dengan orang yang membuatkan saya sanggup melakukan perubahan dalam kehidupan, gaya hidup dan juga aktiviti harian,” ujarnya.
Bagaimanpun kata Ji Hyo dia tidak menolak untuk berkahwin sekiranya bertemu dengan jodoh yang sesuai buat dirinya.
“Sekarang pun sudah begitu sukar untuk saya menjaga diri sendiri apatah lagi apabila berdua,” katanya ketawa.
Jangan lupa saksikan episod baru Running Man, setiap Jumaat, jam 11:00 malam di ONE (saluran 393).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Must-Watch Video