Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kalahkan Ariana Grande, BTS Dinobat Top Social Artis Di Anugerah Music Billboard 2020!

Mya Amri
15/10/2020 07:45 MYT
Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Top Social Artist di anugerah berprestij Billboard Music Awards (BBMA) 2020 yang berlangsung hari ini.

Kemenangan itu sekaligus menewaskan calon hebat lain untuk tahun ini iaitu EXO, GOT7, Billie Eilish, dan Ariana Grande.

Lebih manis lagi, anugerah ini merupakan kemenangan kali keempat berturut-turut buat BTS.

BTS juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya mereka.

“Terima kasih Army kerana memberikan kami anugerah ini selama empat tahun berturut-turut. Kami rasa anugerah ini adalah bukti tidak kira di mana kami berada, BTS dan Army sentiasa bersama.

“Anugerah ini merupakan hadiah untuk keutuhan hubungan istimewa kami. Ribuan terima kasih sekali lagi buat Army dan juga Billboard untuk anugerah bermakna ini,” ucap BTS.

Dalam pada itu, BTS juga turut membuat persembahan istimewa dengan menyampaikan lagu terbaharu berjudul Dynamite.

Billboard Music Awards 2020 telah berlangsung di Los Angeles hari ini (15 Oktober 2020) manakala bagaimanapun disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda persembahan BTS dilakukan secara virtual.

BTS melangsungkan persembahan istimewa mereka bertempat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#BTS #Artis Korea #Billboard Music Award 2020