Artis Korea

Kisah Wartawan Dan Atlet Fencing, Twenty Five Twenty One Tampilkan Nam Joo Hyuk & Kim Tae Ri

gempak
Mya Amri
10/02/2022
12:38 MYT
Sponsor Banner
Kisah Wartawan Dan Atlet Fencing, Twenty Five Twenty One Tampilkan Nam Joo Hyuk & Kim Tae Ri
Pelakon Korea, Nam Joo Hyuk dan Kim Tae Ri bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Twenty Five Twenty One.
Mengambil latar belakang tahun 1998, Twenty Five Twenty One mengisahkan tentang belia yang mencari hala tuju dan perkembangan baharu selepas impian mereka musnah akibat krisis kewangan.
Nam Joo Hyuk memegang watak sebagai Baek Yi Jin manakala Kim Tae Ri pula sebagai Naa Hee Doo.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika Hee Doo berusia 18 tahun dan Yi Jin 22 tahun. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudian mereka jatuh cinta ketika usia masing-masing mencecah 21 dan 25 tahun.
Kim Tae Ri melakonkan watak sebagai seorang atlet fencing profesional bagi pasukan kebangsaan manakala Nam Joo Hyuk pula sebagai seorang wartawan.
Selain Joo Hyuk dan Tae Ri, pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Choi Hyun Wook, Bona (WJSN) dan Lee Joo Myung.
Drama terbitan tvN ini juga akan ditayangkan di Netflix pada 12 Februari ini sempena hari kekasih.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live