Artis Korea
Lebam Ditemui Pada Bahagian Badan Oh In Hye, Polis Dakwa Ada Kemungkinan Dibunuh
Mayat pelakon Korea, Oh In Hye dilaporkan mempunyai lebam-lebam pada bahagian tubuhnya.
Menurut sumber, bahagian lebam-lebam ditubuhnya itu ditemui semasa proses bedah siasat.
“Saya mendengar dari keluarga yang berkabung, terdapat banyak lebam pada bahagian lebam di badannya.
Advertisement
“Saya tidak pasti sama ada kulitnya lemah namun lebam-lebam itu bukan satu atau dua tetapi terlalu bayak. Jadi ia menimbulkan kebimbangan,” katanya.
Dalam pada itu, Balai Polis Yeonsu menjelaskan ada kemungkinan berlakunya pembunuhan.
“Setakat ini, siasatan menunjukkan ada sedikit kemungkinan berlakunya pembunuhan, termasuklah tidak ada tanda-tanda pencerobohan dari luar.
“Keluarga yang berkabung telah bersetuju bahawa proses autopsi diperlukan untuk menentukan penyebab kematian yang tepat,” jelas wakilnya.
Terdahulu, In Hye didakwa membuat percubaan untuk membunuh diri di rumahnya yang terletak di Song Do.
Bagaimanapun, seorang kenalannya menemui In Hye dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus menghubungi perkhidmatan kecemasan.
In Hye kemudiannya dikejarkan ke bilik kecemasan di hospital berdekatan. Selepas menerima rawatan kecemasan, denyutan nadi dan pernafasan kembali tetapi masih lemah.
Namun pada akhirnya, In Hye tidak dapat pulih sepenuhnya dan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Allkpop / Koreaboo
Must-Watch Video