Pelakon drama terkenal Korea Iljimae, Lee Young Ah selamat menimang cahaya mata lelaki.

Berita gembira itu disahkan oleh agensinya, menerusi kenyataan pada media semalam.

“Lee Young Ah selamat melahirkan seorang anak lelaki baru-baru ini, kini dia sedang berehat dan menjalani tempoh berpantang,” kata wakilnya.

Young Ah sepatutnya dijadualkan melangsungkan perkahwinannya pada Mac lalu namun terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik yang melanda dunia, COVID-19.

Majlis kemudiannya dianjak dan bakal berlangsung hujung tahun ini.

Terdahulu, Young Ah telah memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang bukan dari kalangan seleberiti.

Young Ah mula dikenali selepas kemunculan pertamanya menerusi drama Nonstop 4 pada tahun 2003 dan hasil lakonan yang mantap menyebabkan dia menerima pelbagai tawaran berlakon.

Antara drama popularnya adalah Iljimae, Baker King, Kim Tak Goo dan Vampire Prosecutor.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi