Artis Korea

“Lepas Tiga Tahun Tak Berlakon, Saya…” – Lee Min Ho Berdebar Tunggu Drama Keluar

gempak
Mya Amri
16/04/2020
14:03 MYT
Sponsor Banner
“Lepas Tiga Tahun Tak Berlakon, Saya…” – Lee Min Ho Berdebar Tunggu Drama Keluar
Selepas tiga tahun, akhirnya pelakon terkenal Korea Lee Min Ho kembali dengan drama terbaharu berjudul The King: Eternal Monarch.
Menurut Min Ho, dia berasa amat gementar menantikan respon peminat terhadap drama lakonannya itu.
“Oleh kerana drama ini mula ditayangkan esok selepas sidang media ini, saya tidak dapat menahan rasa gementar.
“Tetapi saya sedar selepas memasuki usia tiga puluhan, saya merasakan bahawa diri saya terdapat mlebih kelonggaran sebagai seorang ‘Lee Min Ho’.
“Rasanya kini sikap saya telah berubah kepada lebih santai dalam semua aspek dengan melihat perkara-perkara sama ada dari segi pekerjaan, manusia atau apa sahaja yang berkaitan dan menumpukan pada aspek lebih penting,” katanya.
BACA: The Long Wait Is Over! Lee Min Ho Kembali Sebagai Raja, Kacaknya!
Min Ho berkata demikian sewaktu sidang media The King: Eternal Monarch yang berlangsung secara atas talian dan disiarkan oleh Kakao TV hari ini.
Drama fantasi romantik The King: Eternal Monarch akan disiarkan secara premier pada 17 April ini. Terdahulu, Min Ho telah menjalani latihan khidmat ketenteraannya sejak 12 Mei 2017 di Suseo Social Welfare Center bertempat di Daerah Gangnam sebagai Pegawai Khidmat Masyarakat.
Min Ho kemudiannya menjalani latihan di Pusat Latihan Tentera Korea yang terletak di Selatan Nonsan, Wilayah Chungcheong pada 15 Mac 2018.
Pelakon kacak ini kemudiannya telah menamatkan latihan khidmat ketenteraannya pada 25 April 2019.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live