Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK iaitu Lisa disahkan positif COVID-19.

Berita tersebut dimaklumkan oleh agensinya, YG Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi kepada media.

“Tiga ahli BLACKPINK yang lain belum lagi diklasifikasikan sebagai kenalan rapat, tetapi mereka segera melakukan ujian PCR selepas mendengar keputusan positif COVID-19 Lisa, dan mereka sedang menunggu keputusan mereka.

“Kami sudah pun berkongsi maklumat ini dengan wakil dan kakitangan dengan segera, dan pihak kami juga mengambil langkah pencegahan yang kukuh walaupun di luar garis panduan pihak berkuasa kesihatan.

Kami tidak akan berputus asa untuk memberikan sokongan terhadap tahap kesihatan artis dan kakitangan yang berkaitan dan mereka tetap akan menjadi keutamaan kami.

“Kami akan sentiasa memaklumkan laporan terkini dan akan memberitahu orang ramai dengan segera,” maklumnya.

Sehingga kini, perkembangan tentang Jennie, Rose dan Jisoo masih lagi belum diumumkan.

Sumber: Soompi

Kredit foto: Instagram @lalalalisa_m

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.