Artis Korea
Menang Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik, Ayat Pertama Lee Kwang Soo “Korang Mesti Terkejutkan?”
Pelakon dan anggota Running Man Lee Kwang Soo merangkul anugerah Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik di Anugerah Baeksang Art Award 2020 yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Kwang Soo dia juga tidak menjangkakan kemenangan tersebut.
Paling lucu apabila ayat pertama keluar daripada mulutnya itu menyebabkan tetamu yang hadir turut ketawa dengan gelagatnya.
“Sejujurnya saya tidak menjangkakan akan memenangi anugerah ini... Kamu semua terkejutkan?” katanya.
Dalam pada itu, Kwang Soo juga kelihatan sedikit sebak sewaktu menyampaikan ucapan terima kasih dimajlis anugerah berprestij itu.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan anugerah ini kepada seseorang yang masih mempunyai kekurangan seperti saya.
“Saya rasa sangat berbesar hati kerana tercalon dalam kategori ini bersama pelakon-pelakon hebat lain.
“Saya berterima kasih dan bersyukur dengan anugerah ini dan dalam masa yang sama saya juga ingin memohon maaf.
“Sekali lagi terima kasih, saya akan memperbaiki kekurangan dan teruskan membuat anda ketawa. Saya harap karya lakonan saya selepas ini mampu membuatkan anda tersentuh, saya berjanji,” katanya sewaktu memberikan ucapan.
Kwang Soo dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori itu menerusi filem Inseparable Bros di mana dia membawakan watak Dong Gu iaitu lelaki kelainan upaya yang mempunyai pemikiran seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.
Selain Kwang Soo, pelakon drama popular The World Of The Married, Kim Hee Ae merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik.
Manakala Kang Ha Neul pula membawa pulang trofi Pelakon Drama Lelaki Terbaik.
Anugerah Baeksang Arts ke-56 itu telah berlangsung di KINTEX Hall, Ilsan.
Untuk info, Baeksang Arts Awards juga dikenali sebagai Anugerah Oscar versi Korea.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video