,
Gegar Vaganza 9

Menepati Ramalan, Jaclyn Victor Juara GV9! Menang RM100,000

Amri Hassan
27/11/2022
16:28 MYT
Pertarungan pentas akhir musim kesembilan Gegar Vaganza (GV9) menyaksikan Jaclyn Victor muncul juara dalam program realiti yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Mempersembahkan dua tugasan merangkumi solo medley dan 'battle', Jaclyn menumpaskan lima peserta lain dan meraih hadiah wang tunai RM100,000.
Juara turut memenangi pakej percutian ke Paris, Perancis, pakej penginapan di Royale Chulan Cherating, Pahang dan trofi GV.
Bagi lagu solo,Jaclyn menyampaikan lagu medley Its All Coming Back To Me Now dan This Is Me.
Segmen battle pula menyaksikan penyanyi bervokal mantap itu dipertemukan dengan V.E untuk menyanyikan lagu Sang Saka Biru dan The Real Slim Shady.
Persembahan penuh bertenaga dan konsisten yang ditunjukkan penyanyi bervokal mantap ini mencuri tumpuan penonton dan mendapat komen positif juri.
“Terima kasih dan puji syukur kepada Tuhan, pertandingan ini gila babas, sangat hebat. Terima kasih kepada semua peminat dan kawan-kawan atas pentas ini,” kata Jaclyn.
Pada konsert akhir itu, Bob Yusof menduduki tempat kedua dan memenangi wang tunai RM50,000, pakej percutian ke Dubai dan Abu Dhabi, pakej penginapan di Royale Chulan Damansara dan trofi GV.
Bob mempertaruhkan lagu medley Sejati dan Rahasia Perempuan manakala untuk segmen 'battle' bersama Hazrul Nizam menerusi lagu Ice Ice Baby dan Swipe.
Shila Amzah menduduki tempat ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai RM30,000, pakej percutian Seoul, Korea Selatan, pakej penginapan di Royale Chulan Pulau Pinang dan trofi GV.
Tempat keempat diraih Tomok yang membawa pulang wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Chiang Mai, Thailand, pakej penginapan di Royale Chulan Seremban dan trofi GV.
Biarpun berada pada kedudukan kelima dan keenam, V.E dan Hazrul Nizam masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong.
V.E membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Dalat, Vietnam, pakej penginapan di Royale Chulan Kuala Lumpur dan trofi GV.
Manakala Hazrul Nizam beroleh RM10,000, pakej percutian ke Jakarta Indonesia dan trofi GV.
Pentas akhir GV9 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS, bintang legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, pensyarah dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat serta penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim sebagai juri undangan.
Program realiti nyanyian dihoskan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein selama 11 minggu itu turut disertai Dina Nadzir, Asheed Def Gab C, Fuad Rahman, Tom, Pat Candy, Haida Hasnan dan Roy Kapilla.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.