Siri popular Netflix, Money Heist yang kini memasuki musim keempat dilapkan bakal diadabtasi kepada versi Korea.

Menurut laporan ekslusif Ilgan Sport, BH Entertainment dan pihak produksi ZIUM Content sudah pun melakukan perbincangan bersama Netflix mengenai hal berkenaan.

“Memang benar pihak kami telah memulakan langkah untuk adaptasi Money Heist bersama ZIUM Content dan Netflix.

“Tetapi buat masa ini kami hanya melakukan perbincangan dan berkongsi content yang relevan sahaja. Apa-apa pun keputusan masih belum dilakukan lagi,” jelas BH Entertainment.

Antara nama-nama besar yang bernaung di bawah BH Entertainment adalah Lee Byung Hun, Yoo Ji Tae, Go Soo, Han Hyo Joo, Han Ji Min, Kim Go Eun dan Lee Jin Wook.

BH Entertainment yang juga merupakan pemilik kepada ZIUM Content dikatakan turut merancang untuk membuat remake filem seram Korea Selatan, Gonjiam: Haunted Asylum versi Amerika Syarikat.


Dalam pada itu menerusi tinjauan di media sosial, pengikut K-Drama rata-ratanya menyambut baik berita berkenaan memandangkan Money Heist juga telah menjadi kegilaan di Korea.

Malah mereka juga turut berkongsi pendapat mengenai pemilihan pelakon yang sesuai untuk menyandang watak-watak dalam siri versi Korea.

Berikut merupakan antara cadangan penggemar K-Drama.

The Professor – Nam Goong Min
Tokyo – Kim Dami
Berlin – Cha Seung Won
Nairobi – Jin Seo Yeon
Rio – Lee Hyun Woo
Denver – Ryu Jun Yeol
Moscow – Go Chang Suk
Helsinki – Ma Dong Seok
Oslo – Kim Dae Myung
Lisbon – Kim Hye Soo
Angel Rubio – Jo Jae Yoon
Arturo – Kim Eui Sung
Monica – Jung Ryeo Won
Prieto – Lee Kyung Young

Terdahulu, Money Heist merupakan drama berasal dari Sepanyol itu telah pun ditayangkan sejak 2017.

Drama tersebut berkisarkan tentang kisah rompakan bank dengan perancangan penuh teliti oleh ketuanya, Professor.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Koreaboo