Artis Korea
MTV EMA 2020: BTS Menang Besar Rangkul 4 Anugerah! Ini Senarai Penuh Pemenang
Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) menyaksikan kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS menang besar.
BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook itu telah merangkul empat anugerah termasuk kategori utama iaitu Lagu Terbaik menerusi karya hit terbaharu berjudul Dynamite dan juga Kumpulan Terbaik.
Dua lagi anugerah yang dimenangi BTS adalah Live Virtual Terbaik (Bang Bang Concert: The Live) dan Peminat Terbesar (Army).
Advertisement
Disebabkan wabak COVID-19 yang melanda seruluh dunia, MTV EMA 2020 yang dihoskan oleh kumpulan Little Mix ini dirakamkan di pelbagai lokasi termasuk London dan Budapest.
Acara yang berlangsung pada Ahad (8 November 2020) ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal antaranya Alicia Keys, Doja Cat, Sam Smith dan Zara Larsson.
Terdahulu, BTS sebelum ini pernah merangkul anugerah Kumpulan Terbaik dan Peminat Terbesar pada MTV EMA 2018.
Mereka juga dinobatkan sebagai pemenang anugerah Kumpulan Terbaik, Peminat Terbesar, dan Live Terbaik pada tahun 2019.
Secara tidak langsung kemenangan tahun ini membuatkan BTS telah memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Peminat Terbesar di MTV EMA selama tiga tahun berturut-turut.
Berikut merupakan senarai pemenang MTV EMA 2020.
Best Video
Popstar - DJ Khaled ft Drake starring Justin Bieber
Best Artist
Lady Gaga
Best Song
Dynamite - BTS
Best Collaboration
Karol G (Tusa ft Nicki Minaj)
Best Pop
Little Mix
Best Group
BTS
Best New
Doja Cat
Biggest Fans
BTS
Best Latin
Karol G
Best Rock
Coldplay
Best Hip-Hop
Cardi B
Best Electronic
David Guetta
Best Alternative
Hayley Williams
Video for Good
I Can't Breathe - H.E.R
Best Push
YUNGBLUD
Best Virtual Live
BTS – Bang Bang Con: The Live
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video