Perkhidmatan penstriman video antarabangsa iQIYI International telah mengumumkan siri original Korea pertama mereka berjudul My Roommate Is A Gumiho.

Drama tersebut merupakan adaptasi webtoon paling popular di Korea berjudul Living Together.

Menariknya siri genre komedi, seram dan romantik ini ditulis oleh Baek Sun-woo dan Choi Bo-rim yang terkenal dengan naskhah drama What’s Wrong with Secretary Kim.

Selain itu, My Roommate Is A Gumiho yang diarahkan oleh pengarah drama Korea berjudul Kkondae Intern iaitu Nam Sung-woo dihasilkan bersama dengan syarikat produksi terkemuka Studio Dragon dan JTBC Studio.

Menariknya lagi, drama adaptasi ini merupakan naskhah yang paling dinantikan peminat drama Korea sejak siri webtoon itu popular pada tahun 2017.

Menampilkan pelakon Jang Ki Yong dan Lee Hyeri sebagai watak utama, ternyata siri ini pasti tidak akan mengecewakan.

Ki Yong memegang watak sebagai Gumiho iaitu seekor rubah mitos berekor sembilan yang telah menghabiskan masa selama 999 tahun untuk mencapai bentuk manusia.

Namun ketika dia semakin berjaya dengan tujuannya, muncul pula seorang pelajar kolej (Hyeri) yag secara tidak sengaja telah tertelan Mutiara Gumiho.

Tanpa mutiara Gumiho, dia tidak dapat berubah menjadi manusia. Jadi dia tidak mempunyai pilihan selain menjadi rakan sebilik selama tiga bulan.

Jadi tonton My Roommate Is A Gumiho yang bakal disiarkan secara ekslusif menerusi iQIYI International pada tahun hadapan di www.iQ.com, atau melalui aplikasi mudah alih iQIYI International.

Oh! Sari kata untuk drama juga akan disediakan dalam lapan bahasa yang berbeza. Love kan? Jangan lupa tonton ya!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU