Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“No Cut, Hanya One Take Untuk Babak Aksi” - Jung Hae In Belajar Boxing Tiga Bulan Demi D.P

Mya Amri
31/08/2021 12:42 MYT
Pelakon Korea, Jung Hae In mendedahkan babak aksi dalam drama Netflix terbaharunya, D.P hanya dilakukan secara ‘one take’ sahaja.

Menurut Hae In untuk memastikan babak tersebut nampak realistik, dia telah mempelajari seni mempertahankan diri tinju selama tiga bulan.

“Pengarah dan juga pengarah seni mempertahankan diri ingin memastikan tidak ada pemotongan sewaktu melakonkan babak aksi.

“Lakonan itu mestilah menjadi sangat realistik. Disebabkan perkara juga membuatkan saya mahu bermain tinju dengan baik.

“Secara jujurnya terlibat dengan naskhah D.P ini membuatkan saya teringat kenangan sewaktu saya menyertai latihan khidmat ketenteraan sebelum ini,”ulasnya.

Jung Hae In berkata demikian dalam sidang media bersama pelakon D.P yang diadakan secara maya oleh Netflix baru-baru ini.

Jangan lupa saksikan D.P yang telah pun memulakan tayangannya di Netfix bermula 27 Ogos lalu.

BACA: #OhDaebak: So Much Love! Ini Enam Watak Jung Hae In Paling Disukai Peminat

Sinopsis:

D.P merupakan drama Korea yang diadaptasi daripada webtoon popular karya Kim Bo Tang yang mengisahkan tentang seorang anggota tentera baharu iaitu Ahn Jun Ho untuk menjadi seorang D.P.

D.P yang membawa maksud Deserter Pursuit di mana tugasnya adalah untuk mencari tentera yang melarikan diri dari kem.

Ahn Jun Ho bagaimanapun tidak berjuang berseorangan kerana dia bekerjasama seorang tentera senior, Han Ho Yeol yang sangat licik.

Pelbagai kisah hebat berlaku sepanjang enam siri drama ini ditayangkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

#Artis Korea #Drama Korea #K-Drama #Netflix #Jung Hae In #Netflix Korea #D.P #Deserter Pursuit
;