Baru nak habis satu drama, tiba-tiba muncul lagi beberapa senarai drama Korea baru yang membuatkan penonton tak sabar nak tengok.

Jika sebelum ini drama fenomena seperti Twenty Five Twenty One, Business Proposal, Thirty Nine, Juvenille Justice dan Military Procecutor Doberman pun dah cukup membuatkan penonton ‘gila’ apatah lagi dengan senarai baru ni nanti.

#OhDaebak pasti penonton semua akan menarik nafas panjang untuk menanti episod seterusnya bersiaran.

Sebab apa? Sebab jalan cerita dan juga keserasian antara para pelakon dalam drama-drama baru ini tidak dapat dipertikaikan kehebatannya.

Ha di sini #OhDaebak nak kongsikan senarai drama Korea baru, good luck guys! (Eleh #OhDaebak pun sama lebih kurang korang semua jugak hehehe)

#The Killer Shopping List


Pelakon: Lee Kwang Soo, Seol Hyun, Jin Hee Kyung, Shin Sung Woo, Jang Won Young

Bermula 28 April, setiap Khamis hingga Jumaat, jam 9.15 malam di K-Plus (saluran 396)

#Sh**ting Stars


Pelakon: Lee Sung Kyung, Kim Young Dae

Bermula 3 April, setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.15 malam di tvN (saluran 395)

#The Secret House

Pelakon: Seo Ha Jun, Lee Young Eun, Jung Heon, Kang Byul.

Bermula 5 April, setiap Selasa hingga Sabtu, jam 5.50 petang di Oh!K (saluran 394)

#Tomorrow

Pelakon: Ro Woon, Kim Hee Seon, Lee Soo Hyuk, Yu Ji On, Kim Hae Sook

Bermula 1 April hanya di Netflix

Ni baru sikit guys! Nanti #OhDaebak maklumkan kalau ada yang latest!

Korang jangan lupa save senarai ni tau! Nanti lupa pula heheheh.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!