Artis Korea
#OhDaebak: Lima Atlet Korea Kacak Jadi Perhatian, Sekali Pandang Ingatkan K-Pop Idol!
Sukan Olimpik Tokyo 2020 semestinya menjadi tumpuan dunia dan ramai yang memberikan sokongan terhadap atlet yang bertarung.
Walaupun Olimpik Tokyo 2020 merupakan temasya sukan terhebat, namun harus diakui pasti ada beberapa atlet dunia yang berjaya mencuri tumpuan netizen antaranya Korea.
Bukan hanya kebolehan dan kehebatan pretasi mereka dalam sukan malah memiliki rupa paras yang menarik juga dikatakan sebagai satu bonus.
Eh! Silap-silap nanti ada pula yang tertukar antara atlet dan juga idol.
#OhDaebak ingin berkongsi beberapa atlet Korea yang berjaya mencuri tumpuan ramai, antaranya:
#Jeong Seung Won
Jung Seung Won merupakan pemain tengah bola sepak Korea Selatan yang bermain untuk Daegu FC di peringkat teratas bola sepak profesional di Korea Selatan, Liga K 1.
Dilahirkan pada 27 Februari 1997, Seung Won membuat penampilan sulung sebagai pengganti dalam Daegu FC pada 6 Mei 2017 sewaktu bermain menentang Jeonbuk FC dalam Liga K 1.
Seung Won juga pernah menjadi calon untuk Pemain Termuda Sepanjang Tahun untuk Anugerah Liga K 2018.
Sebelum ini Seung Won juga pernah menjadi tular kerana memiliki rupa paras yang kacak seperti penyanyi K-Pop.
Malah dia juga turut mendapat jolokan sebagai Dalgubeol Idol yang membawa maksud idola dari Daegu iaitu tempat tinggalnya.
kredit foto: Instagram @seungwon_jeong
#Kim Jun Ho
Merupakan atlet lawan pedang Korea dan pernah meraih pingat emas di kejuaraan World Fencing Champhionships 2019.
Melihat pada wajah dan susuk tubuh Jun Ho maka tidak hairanlah ramai yang boleh jatuh hati dengan atlet kacak ini.
Kredit foto: Instagram @kjh_0526
#Lee Dae Hoon
Bintang Taekwondo dari Korea Selatan ini terkenal dengan penampilannya yang kemas dan tampan.
Dia merupakan pemenang pingat gangsa di Olimpik Musim Panas 2016 dan pingat perak di Olimpik Musim Panas 2012.
Selain itu, Dae Hoon juga memenangi pingat emas di Sukan Asia 2010 dan mengulangi prestasi cemerlangnya di Sukan Asia 2014 di Incheon.
Dae Hoon membesar dengan mempraktikkan seni mempertahankan diri sejak usia lima tahun di akademi taekwondo milik bapanya.
Walaupun baru berusia 29 tahun, Dae Hoon telah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak.
Kredit foto: Korean Harald, Osen, Yonhap
#Lee Jung Hoo
Lee Jung Hoo merupakan anak kepada bekas pemain besbol lagenda liga KBO, Lee Jong-beom.
Sama seperti bapanya, Jung Hoo juga mendapat gelaran Grandson of the Wind manakala bapanya dahulu digelar Son of the Wind.
Menurut bapanya, Jung Hoo mula mnenunjukkan minat dan kemahirannya dalam sukan besbol sejak berusia tujuh tahun.
Kredit foto: segye.com, osen, Instagram @hoohoohoo__
#Kim Da Gyeom
Merupakan atlet luncur laju trek pendek Korea yang mendapat perhatian kerana pencapaiannya.
Atlet kelahiran 1997 telah memenangi pingat gangsa pada ISU Four Continents Short Track Championships 2020 di Montreal, Quebec, untuk Men's 500m Speed Skating.
Kredit foto: @dagyeom1
Apapun dalam sukan bukan rupa yang jadi taruhan sebaliknya pencapaian mereka ya.
Jangan lupa penat lelah mereka untuk membanggakan negara. Tidak kira sama ada atlet Malaysia atau luar negara, mereka tetap memberikan yang terbaik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Must-Watch Video