Artis Korea
#OhDaebak: Rasa Macam Tak Percaya, Empat Artis Korea Ini Bakal Jadi Ibu Nanti
Nampaknya tahun ini menyaksikan beberapa artis terkenal Korea bakal menimang cahaya mata.
Kehamilan merupakan antara khabar dan juga momen terindah dalam kehidupan seorang wanita apatah lagi anak itu adalah rezeki dan pelengkap kasih sayang dalam hubungan dibina.
Bagi yang baru pertama kali mahu bergelar ibu, sudah pasti pelbagai rasa tersemat di hati.
Sebagai peminat yang sudah lama mengikut perkembangan artis Korea, #OhDaebak pasti ada nama-nama artis yang membuatkan peminat rasa tidak percaya berita tersebut.
Tapi jangan salah faham, rasa tidak percaya in a good way lah.
Macam “Eh rasa baru je tengok mereka debut, berlakon, tup-tup ada yang nak dapat baby dah… Awww” ha macam tu. Hehehe
Untuk berkongsi kegembiraan bersama, nah #OhDaebak kongsikan lima artis Korea yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
1.Park Shin Hye
Park Shin Hye merupakan antara artis Korea yang membuatkan ramai peminat rasa tidak percaya.
Untuk yang masih belum tahu, Shin Hye tekah mengumumkan dua perkara penting yang bakal berlaku dalam kehidupuannya iaitu perkahwinannya bersama aktor Choi Tae Joon dan juga berita kehamilannya.
Shin Hye dan Tae Joon dijangka melangsungkan perkahwinan mereka pada 22 Januari di sebuah gereja terletak di Gangdong-gu, Seoul.
Pasangan ini juga telah menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun 2017 lagi.
2.Wonder Girl Hyerim
Pada 8 Oktober lalu, bekas anggota kumpulan Wonder Girls, Hyerim mendedahkan dirinya hamil dengan memuat naik video pendek jelas menunjukkan baby bump.
“Surprise! Saya dan suami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kami bakal memiliki cahaya mata. Kami sangat gembira untuk berkongsi berita indah ini dengan anda,” coretnya.
Untuk info, Hyerim berkahwin dengan atlet Taekwondo, Shin Min Chul pada Julai 2020 selepas bercinta pada tahun 2013.
3.Honey Lee
Sebagai peminat K-Drama, nama Honey Lee ni rasanya semua orang mesti teringat watak-watak lucu, garang dan tegas yang sering dibawakannya.
Baru sahaja melangsungkan perkahwinnya pada 21 Disember lalu, hari ini Honey mengumumkan berita gembira bahawa dia bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Bagaimanapun kehamilannya masih lagi berada pada peringkat awal dan perlu berehat serta berhati-hati dengan kandungannya.
Bagi yang tidak tahu, Honey telah berkahwin dengan orang bukan dalam industri hiburan ya.
4.Shin Da Eun
Selepas lima tahun menanti akhirnya Shin Da Eun dapat merasai nikmat bergelar ibu.
Malah Da Eun sendiri menyatakan rasa tidak percaya atas kurniaan istimewa yang diberikan kepadanya.
Tahun ini agak-agak siapa pula ya yang bakal dapat baby ni? Hehehe
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Must-Watch Video