Tidak lama lagi pasangan pelakon Korea, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon bakal melangsungkan perkahwinan mereka.

Sebelum menantikan hari bahagia mereka, pasangan ini juga sudah mula mengedarkan kad jemputan perkahwinan mereka kepada tetamu.

Malah hari ini, penata gaya Kim Woo Ri juga mendedahkan bahawa Tae Joon sendiri telah hadir bertemu dengannya untuk memberikan kad tersebut secara personal.

Menurut Woo Ri, dia juga seperti tidak percaya bahawa pelakon muda berbakat ini bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

“Dia hadir dan malu-malu memberikan kad undangannya kepada saya dan berkata, abang saya bakal berkahwin! Abang akan mengucapkan tahniah kepada saya kan?

“Tae Joon kami, seorang adik juga dianggap seperti anak sendiri mempunyai personaliti yang baik sejak kecil lagi. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat,” tulisnya di akaun Instagram.


Sebelum ini kad perkahwinan Tae Joon dan Shin Hye tular dan mendapat perhatian netizen.

Foto eksklusif itu menunjukkan sebuah kad berwarna putih emas dan hanya dilengkapi dengan tulisan serta undangan perkahwinan mereka sahaja.


Walaupun nampak ringkas namun netizen memuji dan berpendapat kad tersebut mempunyai makna yang lebih mendalam untuk kedua-dua pengantin.
Tae Joon dan Shin Hye dijangka bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 22 Januari di sebuah gereja terletak di Gangdong-gu, Seoul dan pelakon wanita itu juga kini hamil anak pertama mereka.