Artis Korea

Orang Paling Rapat Itulah Musuh! Lisa BLACKPINK Lesap RM3.5 Juta Ditipu Pengurus Sendiri

gempak
Mya Amri
03/06/2020
09:49 MYT
Sponsor Banner
Orang Paling Rapat Itulah Musuh! Lisa BLACKPINK Lesap RM3.5 Juta Ditipu Pengurus Sendiri
Anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa telah mengalami kerugian sebanyak 1 Bilion Won (RM3.5 juta) selepas menjadi mangsa penipuan bekas pengurusnya sendiri.
Difahamkan pengurusnya itu menggunakan duit dan nama Lisa untuk tujuan berjudi.
Menerusi laporan Eksklusif Market news, pengurus yang dikenali sebagai A itu sudah bersama Lisa sejak awak kemunculan BLACKPINK pada tahun 2016. Disebabkan sudah lama mengenalinya, Lisa telah meletakkan kepercayaan penuh terhadap A dan begitu juga dengan anggota BLACKPINK yang lain.
Malah A juga merupakan antara pekerja yang dipercayai oleh agensi mereka, YG Entertainment dan tidak menyangka akan berlakunya perkara ini.
Kejadian ini berlaku disebabkan A telah mempergunakan kepercayaan dan status persahabatan mereka dengan memberitahu akan membanti Lisa mencari hartanah untuk dijadikan pelaburan sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk berjudi. Menurut Market News lagi, tidak mudah bagi Lisa untuk mendedahkan perkara ini kepada umum kerana tidak mahu menjejaskan imej BLACKPINK.
“Lisa merupakan anggota BLACKPINK yan berasal dari negara luar (Thailand) dan dia telah berada sendirian di Korea sejak umurnya masih muda, jadi dia sangat mudah terdedah kepada penipuan seperti ini. “Sangat malang apabila perkara seperti ini berlaku dalam industry. Ini adalah masalah yang serius yang boleh menjatuh dan menjejaskan imej pengurusan di Korea,” katanya.
Terkini, A dilaporkan tidak lagi bekerja dengan YG Entertainment dan telah menyelesaikan perletakan jawatannya dari agensi tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Koreaboo, Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024