Artis Korea
Ramai Kata Mirip Eugene Penthouse, Jasmine Suraya Komen- “Betul Ke Kami Sama?”
Pelakon Jasmine Suraya mendapat perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip dengan aktres Korea yang membintang drama hit, The Penthouse iaitu Eugene.
Tidak disangka Jasmine juga secara ‘sporting’ memberikan respon tentang perkara yang diperkatakan oleh netizen.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya, Jasmine telah memuat naik fotonya dan juga Eugene untuk melihat persamaan wajah mereka.
“Haha ramai kata yang saya kelihatan mirip Eugene dalam Penthouse. Ha saya dah jumpa satu foto yang mirip Eugene sikit. Kot-kot lah hahahha. Betul ke kami sama?” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat netizen.
Untuk info: Musim pertama The Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
The Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera.
Must-Watch Video