Artis Korea

“Rasa Bangga, Macam Jadi Ahli Kelima”- Sour Candy, Lady Gaga Teruja Dengar BLACKPINK Tafsir Lagu Dalam Bahasa Korea.

Mya Amri
29/05/2020
08:50 MYT
Penyanyi antarabangsa Lady Gaga berkongsi pengalaman menarik sewaktu bekerjasama dengan kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK.
Menerusi temubual bersama media Jepun tvgroove, Gaga berkata dia menghubungi BLACKPINK untuk bertanyakan mengenai projek kolaborasi tersebut.
"Saya menghubungi Blackpink untuk bertanyakan jika mereka berminat untuk berkolaborasi dan mereka gembira serta menunjukkan minat untuk projek tersebut.
“Projek kolaborasi ini benar-benar mengujakan. Saya sangat sukakan wanita kuat dan berpengaruh seperti BLACKPINK dan mereka juga mahukan perkara yang sama.
“Saya mendapat pengalaman manis bersama mereka. Saya sangat teruja ketika mendengar mereka mentafsirkan lagu tersebut dalam bahasa Korea dan memberitahu mereka bahawa bahagian itu sangat kreatif dan menyeronokkan.
“Saya juga terpegun mendengar suara nyanyian mereka. BLACKPINK adalah wanita muda yang cantik dan sangat berbakat.
“Kerjasama ini membuatkan saya berasa bangga, seolah-olah saya telah menjadi ahli kelima BLACKPINK,” ujarnya.
Terdahulu, Gaga telah mengumumkan pelancaran album keenam berjudul Chromatica awal Mei lalu.
Manakala Sour Candy pula merupakan antara lagu yang terkandung dalam album berkenaan.
Sebelum ini, BLACKPINK pernah memasuki pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2018 dan menduduki carta Billboard's Hot 100 menerusi lagu Kiss and Make Up kolaborasi bersama Dua Lipa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Olimpik Paris 2024: Celine Dion, Lady Gaga Hiasi Upacara Pembukaan?

gempak
24/07/2024
14:55 MYT
Bahang debaran temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kian terasa dengan upacara pembukaan bakal menjadi acara paling dinanti seluruh umat manusia dari seluruh pelosok dunia.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

gempak
09/07/2024
08:00 MYT
Nama bintang K-pop, Jennie Blackpink menjadi perbualan hangat di Platform X susulan tersebar sepotong video menunjukkan bintang itu menghisap vape di dalam bangunan.
Hiburan

Video Muzik Rockstar Lisa Blackpink Didakwa Ciplak Travis Scott

gempak
06/07/2024
13:55 MYT
Mencatat rekod dengan 20 juta tontonan sebaik dilancarkan selama 12 jam, video muzik Lisa Blackpink, Rockstar kini berdepan kontroversi apabila didakwa menciplak hasil kreativiti orang lain.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.