Artis Korea

Running Man Jodohkan Dengan Kim Jong Kook, Song Ji Hyo Komen – “Mula-Mula Rasa Tak Selesa…”

Mya Amri
20/08/2021
14:50 MYT
Pelakon dan anggota Running Man, Song Ji Hyo akui tidak kisah 'dijodohkan' bersama rakan sekerja, Kim Jong Kook dalam program popular berkenaan.
Menurut Ji Hyo, pada mulanya berasa sedikit kekok namun lama-kelamaan dia sudah membiasakan diri dengan usikan nakal anggota Running Man lain.
“Disebabkan kami semua cuba untuk mengenakan Kim Jong Kook, jadi secara tidak langsung saya juga turut diheret sama.
“Secara jujurnya pada masa lalu, memang saya ada rasa sedikit tidak selesa dengan konsep ‘love line’ yang direka dan saya juga tertanya-tanya adakah perkara itu benar-benar ‘betul’.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon terhadap gurauan itu jadi saya berasa agak tegang. Tetapi lama kelamaan saya okay.
“Sejak kebelakangan ini kami menjadi lebih bebas untuk berbicara mengenai pelbagai jenis topik dan akhirnya membincangkan tentang hal ini,” jelasnya.
Tambah Ji Hyo lagi, bagaimanapun sudah pasti hubungan cinta yang direka dalam Running Man bersama Jong Kook itu tidak benar.
“Saya rasa keserasian sesama anggota Running Man dapat dilihat menerusi situasi seperti ini. Saya juga sudah semakin selesa untuk bergurau dengan Jong Kook.
“Lebih-lebih lagi Running Man, mereka memang sangat selesa antara satu sama lain. Saya rasa disebabkan perkara itu, kami semua menjadi semakin rapat.
“Apa pun, sudah tentu hubungan cinta atau ‘love line’ saya bersama Jong Kook adalah tidak benar,” ujarnya ketawa.
Sebelum ini, Ji Hyo juga pernah ‘dijodohkan’ bersama bekas anggota Running Man iaitu Kang Gary dengan gelaran pasangan Isnin (Monday Couple).
Namun gelaran Monday Couple itu tamat selepas Gary mengambil keputusan untuk berundur dari Running Man pada Oktober 2016.
Bagaimanapun pada 5 April 2017, Gary mengejutkan peminat selepas mengumumkan dirinya telah berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, kini Gary dikurniakan seorang anak lelaki, Kang Ha Oh yang dilahirkan pada 17 November 2017.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Allkpop
Foto: SBS Running Man
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.