Figura terkenal Korea dan juga anggota Running Man, Yoo Jae Suk disahkan positif COVID-19.

Berita tersebut dimaklumkan oleh agensinya, Antenna menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurut Antenna, Jae Suk menerima keputusan ujian tersebut awal pagi tadi.

“Yoo Jae Suk telah mengambil ujian COVID-19 pada pagi tadi dan mendapati keputusannya disahkan positif.

“Jae Suk telah melengkapkan dos kedua vaksinnya pada penghujung September lalu. Pada 11 Disember, dia dimaklumkan mempunyai kontak rapat dengan kes COVID-19 yang telah disahkan dan segera mengambil ujian PCR pertama.

“Dia menerima keputusan negatif dan diklasifikasikan sebagai seseorang yang harus dipantau secara manual.

“Bagaimanapun mengikut garis panduan akta kawalan penyakit, Jae Suk kemudiannya mengambil ujian PCR kedua pagi tadi dan mendapat keputusan positif.

“Disebabkan itu jugam Jae Suk kini telah membatalkan semua aktiviti yang dijadualkan dan mengambil langkah yang ditetapkan mengikut garis panduan pihak berkuasa kawalan penyakit.

“Pihak kami akan sentiasa memantau sepenuhnya keadaan kesihatan dan keselamatan artis dan kakitangan kami mengikut garis panduan akta kawalan penyakit,” jelasnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi