Artis Korea

“Saya Happy Bila Dibenci” - Lee Yoo Mi Tak Kisah Dikecam Teruk Sebab Na Yeon

Mya Amri
26/02/2022
14:45 MYT
Pelakon Korea, Lee Yoo Mi tidak kisah dikecam kerana watak antagonisnya sebagai Lee Na Yeon dalam drama siri popular Netflix, All Of Us Are Dead.
Sebaliknya kata Yoo Mi perkara itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk memberikan mutu lakonan yang lebih baik.
“Saya adalah seorang yang dipenuhi dengan sifat ingin tahu. Jika saya rasa nak tahu, saya akan membaca kesemua respon mereka.
“Saya tidak ambil hati atau terasa dengan komen-komen negatif. Sebenarnya saya rasa lebih gembira apabila dibenci.
“Sebab bagi saya, jika dibenci maknanya saya sudah berjaya membawakan watak lakonan saya dengan baik.
“Mungkin ia kedengaran agak jahat sebab saya gembira tetapi sesungguhnya memang ada satu rasa kegembiraan dalam diri. Macam bila saya lihat kembali lakonan sendiri, saya rasa lega,” katanya dalam temu bual bersama Hankook Ilbo.
BACA: #OhDaebak: All Of Us Are Dead, Karakter Ini Paling Dibenci! Na Yeon Layak Makan Penampar, Gwi Nam Patut Mati!
Kepada yang belum menonton, saksikan All of Us Are Dead secara eksklusif di Netflix
Sinopsis:
All Of Us Are Dead mengisahkan tentang situasi ekstrim yang berlaku apabila sebuah sekolah menengah dijangkiti virus zombi dan mereka yang berada di luar cuba menyelamatkan pelajar yang terperangkap di sekolah.
Drama ini memperlihatkan kekuatan jiwa mereka yang berjuang untuk hidup sehingga akhir hayat dengan ruang yang terhad.
Selain itu, drama ini juga menunjukkan sifat dan sikap manusia yang tersembunyi muncul apabila mereka dipaksa untuk melakukan sesuatu dalam situasi yang mengerikan.
Berdasarkan webtoon popular dengan judul yang sama, drama adaptasi ini diarahkan oleh Lee Jae Gyu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Hiburan

Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”

gempak
01/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Zahiril Adzim mendapat kecaman teruk daripada netizen selepas melakonkan watak antagonis bernama Dr Omar.
Drama

Drama Takdir Itu Milik Aku Makin Banyak 'Emotional Rollercoaster', Watak Antagonis Buat Netizen Sakit Hati - "Geramnya Tengok Cerita Ni!"

gempak
20/03/2024
05:55 MYT
Geram je tengok watak-watak antagonis dalam drama ni!
Hiburan

Berwajah Jahat, Izuan Razali Pasrah Kerap Ditawar Watak Antagonis - "Penonton Benci Maksudnya Menjadi"

gempak
10/01/2024
13:50 MYT
Gara-gara wajahnya nampak ‘jahat’ dan ganas, pelakon Izuan Razali sering ditawarkan watak antagonis sepanjang terbabit dalam bidang lakonan.
Artis Korea

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

gempak
21/09/2023
08:27 MYT
Atuk famous K-Drama dah tiada...