Pelakon drama Korea The King: Eternal Monarch, Kim Go Eun melahirkan rasa gementar apabila harus melakonkan dua watak berbeza.

Menurut Go Eun, disebabkan drama tersebut mengisahkan tentang dua dunia yang berbeza jadi watak yang dibawakan juga harus bertepatan dengan temanya.

“Saya menunggu dengan hati yang terbuka dan berharapa penonton akan menikmati dan menyukai drama ini.

“Memandangkan ini adalah penampilan pertama saya dikaca TV selepas sekian lama, jadi saya tak dapat nak sorok kerisauan saya. Tetapi secara jujurnya dalam masa yang sama saya juga berasa teruja.

“Saya rasa drama ini akan memberikan sesuatu yang segar buat penonton kerana ia mengisahkan tentang dua dunia di mana konsep ini agak jarang dilihat untuk drama-drama Korea.

“Selain itu drama ini juga memerlukan pelakon bermain dengan dua watak berbeza,” katanya.

Terdahulu, Go Eun membawakan dua watak iaitu Detektif Jung Tae Eul dan Luna.

Go Eum sebelum ini mula dikenali selepas membintangi drama popular, Goblin bersama Gong Yoo

Selain Go Eun, drama itu juga turut dibintangi oleh Lee Min Ho, Woo Do Hwan dan Jung Eun Chae

Drama fantasi romantik The King: Eternal Monarch telah pun bersiaran pada 17 April lalu di saluran berbayar, Netflix.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Soompi