Pelakon dan anggota Running Man, Jeon So Min mengakui tidak pernah menyangka mempunyai bakat dalam program variati.

Menurut So Min, sebaliknya dia hanya berfikir untuk menggalas tanggungjawab dengan memberikan yang terbaik dalam perkara dilakukannya.

“Saya tidak pernah menyangka mempunyai bakat untuk acara-acara variati.

“Saya rasa saya lebih kepada seseorang yang meletakkan usaha untuk melakukan yang terbaik,” katanya dalam satu temu bual bersama majalah Esquire Korea.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai impiannya, ini jawapan So Min,

“Saya selalu berfikir bahawa impian kelihatan terlalu besar untuk diungkapkan. Oleh itu saya sukar untuk saya memegang sesuatu impian.

“Jadi saya rasa saya berasa paling gembira apabila dapat melakukan apa yang saya lakukan sekarang.

“Jadi apa yang saya ingin lakukan sekarang adalah berlakon dalam sebuah naskhah yang hebat, itu adalah impian kecil saya,” jelasnya.

Tambah So Min lagi, dia ingin menjadi seorang pelakon yang baik dan berkualiti.

“Dari segi impian besar pula, saya ingin menjadi seorang aktres yang baik, kawan yang baik dan orang yang baik.

“Sekiranya saya boleh menambah sedikit, impian yang sangat berharga buat saya adalah apabila mendengar orang berkata ‘saya ingin menjadi seperti sunbae (gelaran senior dalam industri) Jeon So Min,” ujarnya.