Artis Korea
Selepas Empat Tahun Kahwin, Hwang Jung Eum Akhirnya Fail Penceraian
Pelakon Korea, Hwang Jung Eum akhirnya sudah memfailkan penceraian selepas empat tahun bersama suaminya.
Menurut satu sumber, Jung Eum telah memfailkan perceraian melalui pengantaraan di Mahkamah Daerah Suwon pada 2 September.
Mengenai dakwaan tersebut, agensinya C-JeS Entertainment telah mengesahkan perkara berkenaan.
Advertisement
"Memang benar Hwang Jung Eum telah mengemukakan permohonan untuk pengantaraan perceraian.
“Kami akan memastikan bahawa kedua-dua pihak dapat merundingkan perceraian mereka dengan baik.
“Kami berharap anda semua memahami bahawa perincian seperti alasan perceraian, tidak dapat didedahkan kerana itu adalah hal peribadi mereka,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Jung Eum telah mendirikan rumahtangga bersama pemain golf profesional, Lee Young Don pada Februari 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki pada Ogos 2017.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Must-Watch Video