Kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK dikhabarkan bakal bekerjasama dengan penyanyi antarabangsa, Selena Gomez.

Menurut laporan eksklusif portal Korea MyDaily, artis misteri yang bakal ditampilkan dalam single terbaharu BLACKPINK itu adalah Selena Gomez.

Bagaimanapun agensi BLACKPINK, YG Entertainment (YGE) masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

“Kami harap anda semua dapat menunggu kenyataan rasmi yang bakal diumumkan tidak lama lagi,” respon wakil YGE.

BLACKPINK bakal melancarkan lagu single kedua mereka pada Ogos manakala album penuh pertama mereka pula dijadualkan keluar pada 2 Oktober.

Terdahulu, selepas bergandingan bersama Dua Lipa menerusi lagu Kiss & Makeup, kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love ini telah berkolaborasi bersama pelantun lagu Bad Romance, Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy.

Sebelum ini, BLACKPINK pernah memasuki pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2018 dan menduduki carta Billboard's Hot 100 menerusi lagu Kiss & Make Up kolaborasi bersama Dua Lipa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi / Koreaboo