,
Artis Korea

Song Joong Ki Kini Bercinta, Wanita British Jadi Pilihan Hati

Mya Amri
26/12/2022
06:43 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang dilamun cinta.
Berita itu juga dimaklumkan oleh agensinya, HighZium Studio dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Joong Ki bercinta dengan seorang wanita British yang bukan dalam kalangan selebriti.
“Song Joong Ki kini bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai perasaan yang baik.
“Kami tidak dapat mengesahkan sebarang maklumat lain selain fakta bahawa pasangan ini sedang menjalinkan hubungan cinta.
“Kami sangat berterima kasih sekiranya anda dapat mengelak daripada menerbitkan atau menimbulkan sebarang spekulasi yang tidak benar terhadap pasangan ini,” jelas kenyataan itu.
Sementara itu, laporan ekslusif Sport Chosun mengatakan, Joong Ki dan pasangannya telah menjalinkan hubungan cinta selama lebih setahun.
Sebelum ini tular beberapa foto Joong Ki bersama seorang wanita yang didakwa merupakan guru bahasa Inggeris di sebuah lapangan terbang.
Dalam perkembangan lain, selepas Vincenzo, Joong Ki terlibat dengan drama terbaharu yang menjadi hit di seluruh dunia berjudul Reborn Rich.
Saksikan siri terbitan Viu Originals, Reborn Rich ini di VIU.
Allkpop / Yonhap
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson

gempak
11/09/2024
09:10 MYT
Pelakon, Amelia Henderson menjelaskan hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid hanya sekadar kawan.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.