Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Artis Korea

Song Joong Ki Nafi Bercinta Dengan Peguam, “Terlalu Sibuk Tak Sempat Nak Fikir Pun”

Mya Amri 14/06/2020 | 06:36 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki menafikan dakwaan bercinta dengan seorang peguam.
Kenyataan itu diberikan menerusi agensinya, History D&C kepada media baru-baru ini.
Menurut agensinya, selepas mendapatkan kepastian daripada Joong Ki ternyata dakwaan itu tidak benar sama sekali
“Dakwaan mengenai kisah cinta mereka sama sekali tidak benar. Sehingga kini gosip itu semakin tersebar namun ia tidak benar.
“Joong Ki semakin sibuk sehingga terpaksa membuat beberapa perubahan pada jadual kerjanya,” tegas wakil agensinya.
Terdahulu, gosip mengenai kisah cintanya dengan seorang peguam tersebar sehingga maklumat peribadi wanita itu juga turut terdedah.
Joong Ki sebelum ini telah berkahwin dengan aktres Song Hye Kyo pada 31 Oktober 2017.
Bagaimanapun pasangan yang dikenali sebagai SongSong Couple ini mengambil keputusan untuk bercerai pada Jun 2019.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
#Song Joong Ki #Artis Korea
;