Penyanyi dan anggota Running Man, Kim Jong Kook menunaikan janjinya untuk mendermakan hasil pendapatan dari saluran YouTube sebanyak RM249,000 untuk mereka yang memerlukan.

Jong Kook memberikan sumbangan kepada dua buah hospital iaitu Pusat Perubatan Samsung (RM175,000) dan Yayasan Perubatan Hyewon Hospital Sejong (RM74,000).

Menurut Jong Kook, dia memohon maaf kerana lewat menunaikan janji kerana berhati-hjati dalam pemilihan institusi untuk menyalurkan derma itu.

“Saya terlambat sikit tetapi sudah menyalurkan derma itu sebagaimana yang dijanjikan kepada anda semua sebelum ini.

“Diharapkan dengan derma ini akan berfaedah untuk tujuan kebaikan, keputusan saya untuk menyalurkan derma (pemilihan tempat) ini juga dilakukan dengan begitu berhati-hati.

“Disebabkan ini adalah derma yang dilakukan dengan sokongan anda semua, ia menjadi lebih besar maknanya.

“Saya harap anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengikut saya yang mengambil bahagian dalam perkara yang bermakna seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Jong Kook menyatakan hasrat kepada pengikut saluran YouTube miliknya untuk menggunakan hasil pendapatan tontonan videonya bagi tujuan amal.

BACA: “Semoga Jadi Lebih Bermakna” – Tak Ambil Satu Sen Pun, Kim Jong Kook Sumbang Semua Keuntungan YouTube

Sebelum ini, Jong Kook telah membuka saluran YouTube yang memberikan fokus terhadap kehidupan hariannya yang mengamalkan gaya hidup sihat.

YouTube yang dibuka pada bulan Jun itu telah mencapai sebanyak 1.91 juta dalam masa lima hari dari tarikh pelancarannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU