Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tak Mahu Terlalu Rapat Dengan Mereka” - Kim Hee Ae Komen Tentang Han So Hee Dan Park Hae Joon

Mya Amri
20/07/2020 13:51 MYT
Aktres drama popular The World Of The Married, Kim Hee Ae akui tidak merapatkan diri dengan dua lagi pelakon utama, Han So Hee dan Park Hae Joon.

Bagaimapun perkara itu bukanlah disebabkan hubungan kurang baik sebaliknya dia tidak mahu mengganggu emosi karakter yang dibawanya.

“Memang saya sengaja lakukan, saya tidak mahu terlalu rapat dengan mereka. Saya menjarakkan diri dengan So Hee dan Hae Joon.

“Bukan kerana tidak suka tetapi sebab saya mahu fokus kepada mood dan emosi untuk karakter saya,” katanya.



Jangan lupa saksikan The World Of The Married bermula malam ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10:30 malam di Hello (saluran 702).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Artis Korea #Kim Hee Ae #TWOTM