Artis Korea
“Tak Perlu Nak Tiru, Setiap Orang Ada Identiti Sendiri” – Jisoo BLACKPINK Cakap Fasal Siapa Tu?
Anggota kumpulan K-Pop BLACKPINK, Jisoo berharap dirinya dapat dilihat sebagai seorang yang memberikan pengaruh positif kepada peminat.
Menurut Jisoo, untuk mencapai beberapa perkara yang diinginkan dia akan sentiasa berusaha dengan keras dan bersungguh-sungguh.
“Saya harap seseorang dapat melihat saya dan mendapat kepercayaan diri bahawa setiap perkara yang dilakukan dengan hasil usaha yang keras pasti akan berjaya.
“Kalau boleh saya inginkan diri saya dapat memberi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk tidak berputus asa dalam segala hal yang dilakukan,” katanya.
Mengulas mengenai bakat, Jisoo berkata dia dilahirkan untuk bekerja keras untuk memiliki keistimewaan tertentu.
“Saya tidak maksudkan yang mereka hanya perlu meniru bulat-bulat dengan setiap perkara yang saya lakukan. Bagi saya setiap orang ada identiti sendiri dan tidak ada gunanya meniru orang lain.
“Lebih baik mencari identiti mereka sendiri. Bagi saya, saya dilahirkan dengan kemampuan untuk bekerja keras.
“Saya bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam segala hal dan sepanjang proses bekerja keras itu tidak terlalu sukar bagi saya.
“Sebab itu saya fikir saya dilahirkan dengan kemampuan yang sebegitu. Saya juga tidak takut untuk mencuba cabaran baru dan mendengar pendapat orang lain.
“Bahkan saya sangat terbuka dengan pendapat mereka, walaupun saya rasa perkara ini agak memalukan apabila bercerita tentang diri saya tetapi inilah hakikatnya, inilah antara perkara yang saya suka mengenai diri saya,” jelasnya.
Jisoo mendedahkan perkara itu menerusi satu temubual istimewa bersama Marie Claire Korea baru-baru ini.
Dalam perkembangan terkini, BLACKPINK baru sahaja muncul dengan album penuh pertama mereka berjudul The Album.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video