Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Artis Korea

Tamat Dah Penggambaran Akhir Running Man Lee Kwang Soo, Ibu Hantar Hadiah Comel - “Kerja Yang Bagus Anak”

Mya Amri 25/05/2021 | 15:21 MYT
Anggota Running Man, Lee Kwang Soo akhirnya tamat menjalani penggambaran terakhir bersama program berkenaan semalam.
Sebagai tanda penghargaan atas usaha keras dan dedikasi Kwang Soo terhadap Running Man, ibunya telah menghantarkan hadiah istimewa buat anak kesayangannya.
Hadiah itu merupakan sebuah belon besar yang mempunyai tulisan kata-kata semangat dan juga hiasan comel.
Ayat yang ditulis di atas belon tersebut adalah ‘kerja yang bagus anak!” dan juga “terima kasih untuk 11 tahun bersama”.
Terdahulu, Running Man mula ditayangkan pada 11 Julai 2010 dan anggota asalnya adalah Yoo Jae Suk, Jee Seok Jin, Kim Jongkook, HaHa, Song Ji Hyo, Kang Gary, Lee Kwang Soo, Song Joong Ki dan Lizzy.
Kini Running Man ditambah dengan dua ahli baru iaitu Jeon So Min dan Yang Se Chan selepas ketiadaan Song Joong Ki, Lizzy, serta Kang Gary.
Bagaimanapun pada 27 April lalu, Kwang Soo juga telah membuat keputusan mengejut apabila memilih untuk mengundurkan diri dari Running Man selepas 11 tahun bersama.
BACA: No more Girin... Lepas 11 Tahun Bersama, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man
Keputusan itu dibuat kerana Kwang Soo memerlukan masa untuk pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya akibat kemalangan tahun lalu.
Tarikh penggambaran terakhir Kwang Soo adalah pada 24 Mei ini.
Sehingga 16 Mei 2021, sebanyak 555 episod Running Man telah ditayangkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Running Man #Lee kwang Soo #Artis Korea #Gempak Chingu
;